Saturday, October 11, 2014

Personality Test?


Assalamualaikum. 
Dear readers, 
adakah kalian sihat?

Baru-baru ni aku ada la scrolling fesbuk. 
Then ada la terjumpa satu personaliti quiz ni. 
Bosan-bosan tu, aku pun try la.
..dan akhirnya aku dapat;  

The Performer.
You are a fun-loving, talented and impressive person. You like to talk to other people, make them express their emotions and show their true feelings. You have great charisma that others envy and you were meant to share your talents with the world.

oh wow.
Rasa kembang kempis jugak la hati ni bila baca yang baik-baik tentang diri sendiri.
but then aku ada perasan kat laman web yang sama ada quiz tentang 'The Mean Personality Test'.
Esh...rasa gatal tangan nak tekan berminat lah pulak nak tau.
And..., I got this:

The Pretentious.
Your constant quest for inner meanings and attitude of self-superiority is super annoying. If you keep following your gut, you'll follow it off a cliff. Another thing, stop thinking that all your little ideas are related somehow.They aren't. Sometimes things exist on their own in this world. Not everything has a deeper meaning and there is no solution to life. Stop acting like a wise guru and start taking action. Seriously, you're just embarrassing yourself.

Aku sengih je baca.
Well,selepas menilai diri sendiri.. it's quiet true, tho. :)

Apa pun pada pandangan aku,

semuanya berbalik pada diri sendiri.
Sepertimana personaliti quiz ni ada dua perspektif (baik dan buruk) tentang diri kita,
begitu juga lah dengan pandangan orang lain.

Jangan tenggelam dengan pujian yang baik.

dan jangan pula tersungkur dengan teguran yang buruk.
Nobody is perfect.
The only thing yang kita boleh buat ialah cuba perbaiki diri sendiri instead of mencari salah orang lain. ;D

Muhasabah diri itu perlu.

Koreksi diri itu penting agar menjadi lebih baik dari selalu! 

Friday, October 10, 2014

Try to Forgive. Learn to Forget.



Assalamualaikum.
Dear readers,

Aku terdetik untuk berkongsi rasa tentang MAAF dan meLUPAkan.

Ramai yang berfikiran (termasuk aku suatu masa dulu)
'Aku boleh maafkan dia. Tapi untuk lupakan apa yang dia dah buat pada aku memang TIDAK la'.


Betul?

*garu kepala*

Baru-baru ni aku ada buat seseorang marah pada aku.
Puncanya ialah salah aku sendiri.


Then, disebabkan dia tengah marah, dia mula mengungkit beberapa sikap aku yang 'pelik2' dulu.
Mulanya aku diam. Tapi lama2 aku panas sebab aku dah tak buat semua perangai mengarut tu.

Ok, stop di situ.

..

Ehem.

Pokoknya, apa yang aku nak sampaikan ialah,
Jika korang nak meMAAFkan, maka belajarlah untuk meLUPAkan salah mereka.

  
Kenapa?
Sebab, merujuk kepada perkara diatas,
Manusia memang selalu mengungkit benda yang dah lepas.

Memang kadang2 wajar untuk kita ingat perkara lepas. TETAPI, bukan lah untuk dijadikan bahan yang boleh diungkit. Tapi adalah untuk diambil ibrah darinya untuk dijadikan iktibar untuk masa akan datang.

Jadi, senyumlah.
Katakanlah pada hati, memori pahit itu tetap tidak akan terpadam.
Tetapi belajar lah untuk betul2 ikhlas memaafkan.


In sya Allah, hati akan terasa lebih lega.

*senyum*

Learn to embrace it, and let it go.

Tuesday, September 23, 2014

Hipokrit. Salahkah?

Assalamualaikum readers.

Kebelakangan ni ramai orang yang cakap pada aku;

"Wa, kau ni kuat la. Macam mana nak jadi kuat macam kau eh?"

Aku sengih je.

Aku?
Kuat?
Aduhai..
Hakikatnya Allah sajalah yang tahu betapa kentangnya hati aku.

Ada kawan pernah mengadu bila dia cuba nak berubah jadi baik je mesti ada mulut-mulut takde insurans kata dia Hipokrit.

Alahai kawanku sayang..
Nak berubah jadi baik ni bukannya senang.
Jalan nak jadi baik ni bukan macam jalan kat red carpet orang tabur bunga.
Bukan!
Melainkan dilempar dengan kata-kata perlian dan nista.  

Orang kata kalau orang jahat selalu buat dosa, tiba-tiba nak buat baik kat orang lain, itu namanya Hipokrit.
Eh yeke?
Kalau macam tu lah gamaknya,
aku rasa Hipokrit tu tak salah, kan?

Kenapa?
Sebab nak berubah jadi baik ni memang mula-mula kena paksa, kena berlakon.
Sambil berlakon tu didik hati supaya ikhlas.
Barulah jadi.

Wahai pembaca sekalian,
senang cakapnya begini..

Nak buat baik, hati ni kena kental.
Bukannya hati macam kentang yang senang dilenyek-lenyek.

Abaikan saja kata-kata orang lain yang jeles kau buat baik.
Sebab selama ni diorang bukan ambik berat pasal kau pun.
Tak payah fikir sangat, ok? ;)

Disini aku sertakan tiga tips untuk berubah:

-Cuba cari dan join mana-mana bulatan gembira (usrah) yang ada.
-Jangan selalu berseorangan nanti korang akan senang depressed dan malas nak berubah
-Cari kawan-kawan yang boleh bagi kau nasihat dan kritikan yang membina 

 ..

Apapun, 
Dalam usaha, menjadi orang yang baik memang akan ada syaiton-syaiton yang akan tarik kita supaya rebah.
Takpe.
Jangan gelabah.
Segera taubat dan bangun lagi sekali.

Ingat,
Taubat itu perlu konsisten hingga ke liang lahad! :'D