Assalamualaikum dan hai.
:)
Apa khabar semua?
Harapnya semua sihat-sihat belaka.
Sekian lama tiada kata bermanfaat aku tulis di blog yang hampir bersawang ni, hari ni, hati aku tergerak nak kongsi sesuatu.
Kisah tentang aku.
Pertama sekali aku nak bagitahu,
Perkara yang mendorong aku untuk menulis entri kali ini adalah kerana filem pendek 'Suci' dari Tarbiah Sentap.
(boleh tengok kat sini: https://www.youtube.com/watch?v=Z8uKpnTt3h0)
Selepas tengok short film tu..
Aku sebak. Malu.
Sebab dulu..
Aku pun pernah ada zaman jahiliah yang hitam tu. Yang memalukan tu.
But then..aku berjaya berubah. Sedikit demi sedikit.
Dan kemudian aku cuba untuk tarik mereka..adik-beradik dan kawan-kawan aku..untuk sama-sama berubah menjadi lebih baik.
Supaya mereka tidak akan rasa kekotoran hati yang aku pernah rasa satu ketika dulu.
I was too confident with myself and other people around me.
Aku assume..bila aku cakap dan nasihat, mereka akan ikut.
Tapi, aku silap.
Manusia bermacam ragam dan ego.
Bila dinasihat, akan keluarlah kata-kata seperti;
"Kau pun lebih kurang sama je macam kitorang dulu. Tak payah nak tunjuk baik la!"
..dan akhirnya kerana kata-kata seperti itu, aku berhenti.
"Cukuplah".
"Nak buat apa cakap kalau orang taknak dengar?"
I was too naive.
Lupa pada kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan Nun kerana membawa diri bila dakwahnya tidak diterima oleh kaumnya.
I was too full of myself.
Yang lupa bahawa aku bukan sehebat Nabi Yunus pun.
Aku tinggalkan mereka yang perlukan bimbingan.
dan tak sedar bahawa aku terjun kedalam gaung sunyi tak berteman.
Akhir sekali,
Aku ingin petik kata-kata Mahdi (Ustaz Adnin) dalam short film 'Suci';
"Kadang, orang tegur kita bukan kerana mereka suci.
Tapi, mungkin kerana mereka pernah hidup dalam kekotoran, dan mereka tak mahu kita hidup seperti mana dirinya yang dahulu".
Hidup dalam dunia ni kita kena saling ingat-mengingat, tegur-menegur.
Kalau kawan yang tegur kita taknak dengar, nak tunggu siapa yang nasihat?
Takkan bila Allah dah bagi kifarah baru nak beringat?
Sekian,
Itu sahaja perkongsian kali ni.
Semoga bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment